Notis privasi
Dikemas kini pada 1 Oktober 2026
Sitera menyediakan perkhidmatan pembinaan laman web untuk perniagaan dan organisasi di Malaysia. Notis ini menerangkan data peribadi yang kami kumpul dan cara kami menggunakannya, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
Data yang kami kumpul
- Maklumat tempahan: nama, e-mel, nombor telefon, serta butiran perniagaan anda (nama perniagaan, alamat, waktu operasi, menu atau servis).
- Fail yang anda muat naik: logo dan gambar untuk laman web anda.
- Rekod bayaran: rujukan bayaran, jumlah dan tarikh. Kami tidak menyimpan butiran kad atau akaun bank anda.
- Rekod log masuk: alamat IP dan jenis pelayar semasa anda log masuk ke portal, untuk keselamatan akaun.
- Pelawat sitera.my: kuki Google Analytics untuk mengetahui bilangan pelawat dan halaman yang dilihat.
- Pelawat sitera.my (iklan): Meta Pixel (Facebook) untuk mengukur keberkesanan iklan Sitera. Meta memproses data ini.
Tujuan kami menggunakannya
Untuk membina dan menerbitkan laman web anda, menghubungi anda tentang tempahan (e-mel dan WhatsApp), memproses bayaran, menyimpan rekod perakaunan, dan menambah baik perkhidmatan kami. Kami tidak menghantar e-mel pemasaran dan tidak menjual data anda.
Pihak yang membantu kami
Kami berkongsi data hanya setakat yang perlu dengan penyedia pelayan, e-mel dan analitik.
Sesetengah penyedia ini memproses data di luar Malaysia.
Tempoh simpanan
- Butiran tempahan dan fail: selagi laman anda aktif, dan 12 bulan selepas itu.
- Rekod bayaran: 7 tahun, seperti yang dikehendaki oleh undang-undang cukai.
Hak anda
Anda boleh meminta salinan data anda, membetulkannya, atau meminta ia dipadam (kecuali rekod yang wajib kami simpan). E-mel kepada [email protected]. Kami akan membalas dalam masa 21 hari.
Kandungan di laman web anda
Maklumat yang anda minta dipaparkan di laman web anda (contohnya alamat, nombor WhatsApp dan gambar) akan dilihat oleh orang awam.
Perubahan
Kami akan mengemas kini notis ini jika amalan kami berubah. Tarikh di atas menunjukkan versi terkini.